Alhamdulillah pada minggu yang ke 14 ni saya masih lagi dapat mengikuti kelas Dr. Fatimah. Pada minggu ini tugasan yang diberikan ialah Pengenalan kepada Helaian hamparan elektronik – Excel. Untuk tugasan ini, saya dikehendaki menyediakan satu pemarkahan untuk pelajar dengan menggunakan microsoft excel atau spreedsheet. Dengan menggunakan kemudahan ini,average, mode, median pelajar dapat dikumpul dan dihitung dengan mudah tanpa pengiraan secara manual. Segala pengiraan dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.
Assalamualaikum? Tak sedar kini kta telah berada di Minggu ke-13. Maknanya, sudah 13 minggu kita bergelar mahasiswa UKM. Pada tugasan 7 ini, kami telah disuruh untuk berbincang tentang elemen-elemen dalam multimedia di forum weebly. Hasil daripada perbincangan ini, saya mendapat banyak info tentang multimedia dan elemen-elemennya. Antaranya ialah terdapat lima elemen penting dalam multimedia iaitu Animasi, Teks, Video, Audio dan juga Grafik. Lima elemen ini merupakan elemen utama dalam multimedia.
Seterusnya, kami telah disuruh untuk berbincang dengan ahli kumpulan masing-masing tentang storyboard/powtoon/videomakers dan skrip untuk menghasilkan satu video berkaitan dengan tajuk berkenaan. Saya dan Ahli kumpulan saya telah berbincang untuk membina storyboard dan skrip yang kami gunakan dalam pembinaan video berkaitan dengan tajuk kami dalam tugasan ketiga iaitu keselamatan komputer dan internet serta etika komputer. 1/12/2015 merupakan minggu kedua belas . Pada minggu kedua belas ini , kelas berjalan seperti biasa bersama Dr Siti Fatimah . Pada minggu ini , Dr Siti Fatimah menanyakan kepada kami tentang setakat mana pembuatan video setiap ahli kumpulan . Pada hari tersebut Dr Siti Fatimah menyemak tugasan-tugasan , refleksi-refleksi didalam weebly. Jika pelajar kelas kami tidak menyiapkan refleksi-refleksi atau tugasan-tugasan didalam weebly , Dr Siti menyatakan beliau akan memotong markah pelajar tersebut.
Selain itu , Dr Siti Fatimah menunjukkan contoh-contoh video didalam kelas kami . Antara contoh-contoh video yang ditayang dalam kelas kami ialah video pembuatan filem Avatar , The Hobbits , Baby Dance dan lain-lain di youtube. Dr Siti Fatimah menyatakan bahawa filem-filem tersebut dibuat dengan menggunakan softwere-softwere yang amat canggih Sekian, Pada 24/11/15 merupakan minggu kesebelas kelas kami bersama Dr.Siti Fatimah. Pada minggu tersebut Dr.Siti Fatimah meminta untuk menghantar kerja individu kami iaitu tugasan Brochure . Kelas minggu tersebut dijalankan seperti biasa. Walaupun pelajar kelas kami letih kami tetap menghadiri kelas Dr.Siti . Punca keletihan kelas kami ialah aktiviti latihan kecergasan yang telah dilakukan oleh pelajar kelas kami dalam khusus kejurulatihan sukan.
Pada minggu ini , Dr Siti Fatimah memberikan tugasan terakhir dalam khusus komputer dalam pendidikan. Tugasan tersebut ialah dengan membuat video. Tugasan tersebut dilakukan secara kumpulan . Selain itu , Dr Siti Fatimah juga memberikan laman web yang boleh digunakan untuk membuat video tersebut . Antara laman web yang diberikan oleh Dr Siti ialah Powtoon , video maker , Storyboard dan lain-lain. Tajuk tugasan video tersebut ialah mengikut tajuk-tajuk yang diberikan oleh Dr Siti pada tugasan yang ketiga. Dimana tajuk kumpulan saya ialah keselamatan komputer dan internet serta etika komputer. Selain itu , Dr Siti juga membuka video-video contoh yang telah dibuat oleh pelajar permata pintar. Pada 17/11/2015 merupakan minggu kesepuluh kami bersama Dr Siti Fatimah dalam khusus komputer dalam pendidikan. Pada minggu kesepuluh ini Dr Siti Fatimah memberi tugasan Keenam iaitu membuat brochure. Tugasan keenam ini dilakukan secara individu . Tajuk yang digunakan dalam pembuatan brochure ini dengan mengguna tajuk yang telah diberikan pada tugasan ketiga . Ahli kumpulan saya telah membahagi tajuk masing-masing . Dimana dalam tajuk brochure saya , saya mengambil tajuk keselamatan komputer dan internet.
Selain itu , Dr Siti memberikan contoh-contoh laman yang boleh membuat brochure secara online . Uniflip(http://www.uniflip.com/ gclid=CjwKEAiAhPCyBRCtwMDS5tzT03gSJADZ8VjR-CjXZ8ox14fznrrU0nKC_9JOF1I-WPFNK1XBH40qcRoCvIDw_wcB) , microsoft Publisher , dan lain-lain. Dr Siti juga memberikan contoh-contoh brochure yang telah dibuat oleh pelajar-pelajar senior. Pada minggu 9, saya bersama ahli kumpulan yang lain telah membuat laporan berkaitan dengan kajian soal selidik kumpulan kami iaitu tentang keselamatan komputer dan internet serta etika komputer. Dengan mendapatkan beberapa maklumat tentang cara atau prosedur yang betul dalam membuat laporan, kami dapat membuat laporan tersebut dengan baik dan teratur. Saya juga mendapatkan nasihat daripada Dr Fatimah bagi memberikan idea atau pendapat bagi memperbaiki aturcara laporan kami ini. Sekian, Terima Kasih.
Pada minggu 8, kami telah menjalankan tugasan seterusnya iaitu tugasan 5. Dalam tugasan ini, kami diminta untuk mengisi setiap borang soal selidik berkaitan dengan pelbagai tajuk berbeza yang diberikan kepada setiap kumpulan. Seterusnya, Dr Fatimah telah mengarahkan kami untuk merujuk internet tentang cara untuk membuat analisis data dari soal selidik yang telah kami peroleh berkaitan dengan tajuk masing-masing. hal ini kerana kami akan membuat analisis terhadap data yang kami peroleh dari mahasiswa berikutan dengan jawapan daripada borang soal selidik yang telah kami edarkan dengan mempersembahkannya kepada bentuk yang lebih bermakna.
berikut merupakan responden yang telah kami peroleh: Berdasarkan pembelajaran pada minggu ini saya dan ahli kumpulan saya telah membina satu borang soal selidik menggunakan google drive. Sebelum membina set borang soal selidik tersebut kami perlu membuat borang soal selidik berdasarkan tugasan yang ke-3 iaitu bertajuk keselamatn komputer dan internet serta etika komputer. Kami telah membina satu ringkasan soalan tentang soal selidik kami.Setelah siap soalan tersebut barulah kami menggunakan google drive bagi membina borang soal selidik dan kami telah menghantar email kepada setiap pelajar kos kami untuk maklum balas tentang tajuk soal selidik kami. Kesimpulannya, saya dan ahli kumpulan dapat memahami cara membuat soal selidik dengan betul serta menggunakan kemudahan Google Form yang memberi kemudahan kepada penyelidik dalam mendapat maklumat daripada responden.
Berdasarkan pembelajaran hari ini saya dapat mengetahui dengan lebih tepat tentang apa itu prinsip casper.Melalui prinsip tersebut saya dapat membuat satu persembahan(presentation) menggunakan google drive melalui google slide.Google drive ini sangat berguna kepada orang ramai kerana ianya amat memudahkan proses untuk membuat satu presentation sekiranya kita berada dimana sekali pun.Hal ini kerana, dalam google drive kita boleh berkongsi presentation tersebut dengan sesiapa pun dan mereka juga boleh mengubah suai presentation tersebut.Berdasarkan prinsip casper juga kita akan membuat suatu presentation yang lebih baik kerana setiap prinsip itu mempunyai makna yang tersendiri contohnya Contrast,Alignment,Simply,Proximity,Emphasis,Repetition.
Berdasarkan pembelajaran hari ini kumpulan saya di tugaskan untuk mencari tentang keselamatan komputer dan internet serta etika komputer. Apa yang saya perolehi daripada pembelajaran hari ini ialah saya dapat mengetahui dengan lebih terperinci apa itu keselamatan terhadap perisian komputer ataupun keselamatan luaran komputer. Seterusnya, saya juga dapat mempelajari apa penyebab sesebuah komputer dimasuki virus serta jenis-jenis virus yang mencerobohi komputer persendirian. Selain itu, saya juga dapat memahami apa itu etika komputer iaitu perkara yang boleh atau dilarang ketika menggunakan komputer.
|
AuthorMuhammad Saiful Mohd Nizam ArchivesCategories |