21 September 2015 bersamaan hari selasa merupakan kelas pertama saya dan kumpulan SR1 bagi kursus GE 1155 iaitu komputer dalam pendidikan yang dibimbing oleh Dr. Siti Fatimah Bt Mohd. Yassin. Terima kasih saya ucapkan kepada Dr. Siti Fatimah yang memberi tunjuk ajar kepada saya tentang cara penggunaan Google Drive dan Dropbox serta membantu saya dalam membina blog Weebly. Walaupun saya agak 'blur' pada awalnya tetapi lama kelamaan saya semakin mahir. Melalui weebly inilah segala tugasan yang diberikan akan dicatatkan serta menulis refleksi hasil tugasan yang telah diberikan.
|
AuthorMuhammad Saiful Mohd Nizam ArchivesCategories |