Berdasarkan pembelajaran hari ini kumpulan saya di tugaskan untuk mencari tentang keselamatan komputer dan internet serta etika komputer. Apa yang saya perolehi daripada pembelajaran hari ini ialah saya dapat mengetahui dengan lebih terperinci apa itu keselamatan terhadap perisian komputer ataupun keselamatan luaran komputer. Seterusnya, saya juga dapat mempelajari apa penyebab sesebuah komputer dimasuki virus serta jenis-jenis virus yang mencerobohi komputer persendirian. Selain itu, saya juga dapat memahami apa itu etika komputer iaitu perkara yang boleh atau dilarang ketika menggunakan komputer.
|
AuthorMuhammad Saiful Mohd Nizam ArchivesCategories |